Tuesday, 12 June 2012

. Crush . MyLoveStory . SyokSendiri .

Assalamualaikum .

Aduhh, pening jugak ek pikir pasal cinta ? Orang sekarang tengah demam bola aku boleh pulak nak jatuh cinta . Okay aku cerita keyh ?


Macam ni, aku ade kenal sorang budak perempuan ni, da kenal lama dah tapi kenal balik . Faham² je la k . Then aku minat kat dia, mase tu dia tengah ade kapel . Okay la aku ckp aku tunggu .

Then, baru² ni dia putus dengan pakwe dia tuu . Aku tanak tanyer nape sebab setiap kali aku tanyer psl pakwe dia mara . Yang penting aku bukan punca diorang berpisah okayy . Then, aku sekarang on the right line . Aku tinggal nak luahkan perasaan aku ni je, then aku dah dapat dia .

Tapi masalahnya, aku tak tahu sama ada dia tu suka aku ke tidak . Kalau suke pon tak tentu dia terima aku as her bf . Mane tahu dia ade kawan laki lain yang lagi rapat dari aku kan . 


Baru² ni dia ade post kat blog dia, dia kate ade orang nak mintak kapel kat dia tapi dia tolak . But dia kate makin tolak makin orang tu nak . Adakah itu aku ? Kalau tu aku okay lagi . Kalau tu orang lain ? Hurrrmmm . Buntu² . Macamane sekarang ek ? Perlu tak aku berterus terang or aku pendam kan aje perasaan aku ni ? Tak pon biar aku kawan nan dia sampai bila² . Tapi kakak angkat aku kata, peluang depan mata jangan lepaskan . Dia jugak kate jangan lambat sangat buat keputusan, nanti dia kene kebas . Aduhhh . Cmner ni ? huhuhuhuhu .



Law cmni aku tawakkal je la kat Allah . Dia yang maha mengetahui kan . Pape hal pon satu yang pasti ! Aku nak jadi yang terbaik untuk dia, aku nak layan dia macam permaisuri, aku tanak buat dia sedih langsung ! hehe .


Btw aku ade curi trademark dia taw . . . Oukeng ! huuuuuuuuu . . .


Assalamualaikum <3

Saturday, 2 June 2012

. Kaca Mata . Kaca Mata . Kaca Mata .

Assalamualaikum .

Kaca mata . Cermin mata . Spectacles . Banyak lagi kata lain bagi objek ini . Bagi aku, aku panggil cermin mata je lah . Ya, aku seorang budak yang memakai kaca mata . Aku pakai cermin mata sejak dari darjah 4 . Dari dulu memang aku teringin jugak nak pakai cermin mata, tengok cmbest je kan . Last² bila da pakai nyesal, sebab bagi aku cermin mata ni banyak meminimakan pergerakan dan aktiviti aku . Contoh, kalau nak pergi mandi manda dengan kawan, takkan pakai cermin mata, dibuatnya hilang satu hal nak membeli lg . So, aku konklusikan cermin mata sebagai menyusahkan .

cermin mata oh cermin mata !

Tetapi, remaja sekarang ni suka memakai cermin mata supaya tampak lebih bergaya lagi kan . Almaklumlah, remaja sekarang lebih penting kan imej diorang . Sampaikan yang tak rabun tu sanggup beli cermin mata berjenama yang natural semata² untuk tampak lebih bergaya . Cermin mata macam Gucci , Ray Ban dan banyak lagi lah , sanggup diorang beli walaupun diorang tu tak rabun . Patut syukur la kan tak rabun, ni tak lagi beli cermin mata .

Cermin mata ni tengok orang jugak la, ada yang sesuai ada yang tak sesuai . Bagi aku, tak sesuai sebab cermin mata akan membuatkan aku nampak makin bebudak . Tu aku fikir la, tak tahu lak kalau orang fikir aku makin hensem ke ape kan . Haha tak mungkin la . Kalau boleh aku tanak pakai cermin mata tapi kalau aku tak pakai nanti power rabun aku makin tinggi . Tahun ni dah 400, baru 18 tahun . Kalau 40 tahun cmner ? Mahunye 1000. Haha ade ke power sampai gitu ek ? No komen .

Yang penting aku kena jaga kesihatan dan cukup tidur supaya aku tak menjadi budak kaca mata selamanya :D

Assalamualaikum .