Tanggal 19 November 2012, kelas aku membuat event pertama untuk kelas aku DRI1A. Destinasi ialah di Tanjung Sepang, Desaru. Kami berkumpul di parking lot pelajar pada awal pagi dalam pukul 9 lebih gitu. Dengan suasana hujan renyai, kami teruskan juga aktiviti kami tanpa mengendahkan keadaan cuaca yang agak merisaukan. Sempat jugak bergambar :)

Dengan menaiki sebuah van Fort dan sebuah BMW kami seramai 12 orang meneruskan perjalanan.
Ok selepas bergambar kami pon bertolak ke destinasi. Setelah setengah jam perjalanan, kami pun berhenti kerana ada masalah teknikal yang amat kecil. Kami berehat dalam 10 - 15 minit sambil bergambar (lagi).
Okay, selepas itu kami menyambung kembali perjalanan kami yang tergendala. Kami berhenti untuk sarapan pagi dan kembali semula di jalan raya sejurus selepas selesai sarapan. Akhirnya kami tiba di destinasi pada pukul 12. Sampai sampai je snap pic lagi.
Haha, macam² ragam kan yang anda semua nampak? Itu lah kami, happening :)
Okay, selepas itu kami terus menerjah ke arah pantai yang sudah memanggil² kami. Memandang kan waktu untuk 'check in' adalah pada pukul 2, kami pun pergi menikmati keindahan pantai sambil bergambar :)
Haha, masing² gila kamera, termasuk lah aku sekali. Okay, selepas itu kitorang check in, then pukul 5 gitu terus melulu ke swimming pool! Yeah! Mandi lagi! haha ! Tak puas mandi air masin, kita mandi air klorin pulok :P
Seronok kan? Haha, yang tak ikut tu rugi la :P Kitorang enjoy gile kat sana :)
Okay lepas tu kitorang balik ke celee masing², then mandi, sembahyang, lepak², rehat². Then lepas tu kitorang buat BBQ pulak. Yang event ni special sikit sebab PA kitorang turut sama hadir :)
Hehe, dengan kucing² pon dapat makan kan. Happening gile kan. Macam dah 10 tahun kenal, padahal baru je 6 bulan bersama :)
Okay then tido, pagi tu kitorang sambong mandi kolam, tapi tak sempat nak snap gamba. After the pukul 12 check out then perjalanan pulang ke poli :)
Then kitorang singgah untuk makan tengahari, tempat yang agak terpencil tetapi popular dan sedap pula hidangannye, tak henti² makan sampai bertambah² pinggan di meja kami. Sampai kan jumlah kesemuanya hampir mencecah RM90. Banyak kan? Okay then sambung perjalanan, sampai satu jambatan, main mercun kejap. Pelik tapi itulah, main mercun tepi highway :P
Haha, macam² ragam betul tak? Tapi itu lah pengakhiran nya. Selepas berseronok bergambar sana sini, kitorang sampai poli. Malam tu punggah barang untuk letak rumah sewa sem depan, then overnight lagi. Tapi aku dah tak bawak kamera kerana sudah habis bateri. Haha, ni je yang aku nak share kali ni. Assalamualaikum. :)